Sunnguh teruja untuk Family Day yg pertama yang akan berlangsung di padang asrama anak-anak yatim Batu Kikir, Negeri Sembilan. Tak ter-imagine keadaanya nanti. Persiapan hampir siap sepenuhnya.Waktu-waktu macam ni, teringat kenangan semasa Family Day sebelah mak dulu. Memang meriah.. Family Day kali ini adalah untuk sebelah abah. Kalau ikut perkiraan, jumlah kesemua ahli melebihi 500 orang. Wah!!! Ramai kan???
Kiri : Dato' Muda Haji Omar |
Dato' Muda Hj Omar bin Lazim dilahirkan pada tahun 1888 dan meninggal dunia pada tahun 1980. Arwah meninggal dunia ketika saya masih kecil, sekitar 4 tahun.
Kerana terlalu ramai ahli keluarga dan menetap di seluruh pelusuk negara, maka dengan itu inisiatif ini kami ambil untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami. Moga Allah permudahkan perancangan kami ini dan saya berdoa majlis nanti akan berlangsung dengan suasana yang meriah. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment